Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal
kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki
sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan
lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad,
At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
Pada zaman Rasulullah saw. ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya
tanpa diikat. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, dia menjawab, "Saya
bertawakkal kepada Allah". Nabi saw. bersabda, “Ikatlah dahulu unta
itu, kemudian baru bertawakkal kepada Allah.” (HR. Tirmidzi).
Tawakal bererti berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi
atau menunggu hasil suatu pekerjaan atau menanti akibat dari suatu
keadaan setelah berusaha keras dalam berikhtiar dan bekerja sesuai
dengan kemampuan.
Allah berfirman, "Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan
berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal
kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah
telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaaq: 2-3)
Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakkal sebagai berikut, "Tawakkal
ialah menyandarkan kepada Allah ketika menghadapi suatu kepentingan,
bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa
bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.
Tawakkal adalah perkara yang tidak boleh dilihat tapi cuma boleh dirasai
melalui jiwa, hati dan minda. Tawakkal merupakan hasil dari
keyakinannya yang bulat kepada Allah, meyakini hanya Allah yang
menguasai dan mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang
mendorongnya untuk menyerahkan segala persoalannya kepada Allah. Hatinya
tenang dan tenteram serta tidak ada rasa cemas kerana Allah Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Friday, December 14, 2012
Thursday, December 13, 2012
Pelancaran Skim Ronda Sukarela Taman Serting Utama/Perdana
Pada 05 Dis 2012 yang lepas KRT Taman Serting Utama/Perdana telah membuat perlancaran Skim Ronda Sukarela di rasmikan oleh YB Dato Haji Lillah bin Haji Yasin Ahli Parlimen Jempol
Acara dimulakan dengan Taklimat Skim Rondaan Sukarela oleh Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Sembilan iatu En Khalid lebih kurang jam 2030. Penduduk setempat berkumpul jam 2000.
Para jemputan dari wakil KRT Taman Seri Serting dan KRT Ladang Geddes
Ketibaan YB Dato Lillah lebih kurang jam 2130 disambut AJK dan Penyambut Tetamu.
Juruacara Cikgu haji Ibrahim SU KRT Taman Serting Utama/Perdana dan En Supian Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Jempol.
Para jemputan dari wakil KRT Taman Seri Serting dan KRT Ladang Geddes
Ketibaan YB Dato Lillah lebih kurang jam 2130 disambut AJK dan Penyambut Tetamu.
Juruacara Cikgu haji Ibrahim SU KRT Taman Serting Utama/Perdana dan En Supian Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Jempol.
Bacaan Doa Iman Sharim bagi memberkati Majlis.
Kata-kata Aluan dari Pengerusi KRT Taman Serting Utama/Perdan En Shamsul.
Ucapan dari Pegawai Perpaduan Daerah Jempol Puan Rohayu.
Ucapan dan Pelancaran Skim Rondaan Sukarela dari YB Dato Lillah.Alhamdullillah YB Dato menyumbang RM 5000 untuk menjalankan aktiviti setempat.
Gimik pelancaran Skim Rondaan Sukarela dengan YB Dato memakaikan Vest SRS kepada ahli didahulukan ahli SRS En Mat.
Giliran En Shahar kita Sjn Polis Pencen.
Seterusnya En Suhaimi
dan yang akhir sekali Cikgu Zainal
Acara berakhir lebih kurang Jam 2300 dan diucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato atas kesudian melancarkan SRS Taman Serting Utama/Perdana.Tuesday, December 11, 2012
Jamuan Semarak Setia Perpaduan Ahli SRS
Petang ini menghadiri Jamuan Semarak Setia Perpaduan Ahli Skim Rondaan Sukarela bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi YAB MB tak dapat datang dikatakan kurang sihat jadi diwakili Dato Radzi Exco Kebudayaan, warisan dan semua ahli exco negeri Negeri sembilan. Setiap KRT diwakili oleh 4 orang ahli SRS. Dianggarkan lebih 1,000 orang wakil ali SRS yang datang.
Ini adalah wakil ahli SRS Taman Serting Utama iaitu En Nordin Ketua Ronda SRS, Sjn (B) Shahar, En Mizi
En Redzuan dan En Mat. Taman Serting Utama datang 6 wakil Ahli SRS.
Hah inilah wakil Taman Serting Utama yg utama En Zul kita ha!ha!ha! perasan. Jamuan diadakan di Klana Resort and Spa Seremban. Kita orang pergi naik Unser En Nordin je... Ok la apa-apa kita ketemu dilain acara ok cow dulu untuk kali ni.
Ini adalah wakil ahli SRS Taman Serting Utama iaitu En Nordin Ketua Ronda SRS, Sjn (B) Shahar, En Mizi
En Redzuan dan En Mat. Taman Serting Utama datang 6 wakil Ahli SRS.
Hah inilah wakil Taman Serting Utama yg utama En Zul kita ha!ha!ha! perasan. Jamuan diadakan di Klana Resort and Spa Seremban. Kita orang pergi naik Unser En Nordin je... Ok la apa-apa kita ketemu dilain acara ok cow dulu untuk kali ni.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Tidur Meniarap
Dilarang baring tidur meniarap
Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)
Wallahu a'lam,
Subscribe to:
Posts (Atom)