Saturday, September 7, 2013

Konsep Takaful

               Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berasaskan Muamalat Islam, yng berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawap, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

               Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsikan bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

                Dalil Kerjasama
> Allah akan sentiasa membantu hambanya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh ImamAhmad dan Imam Abu Daud)

                Dalil Tanggungjawap
>Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya.
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

>Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain.
(Diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari dan Imam Muslim)

               Dalil Saling Melindungi
>Demi Hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan hadith diatas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan Konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Hubungi Agen Takaful anda:


UPSR semakin hampir la...

Tinggal 3 hari lagi tarikh UPSR. Liyana masih lagi ada tusyen iaitu pagi ni dan besok pagi bagi buat persiapan terakhirnya.
Abah harap angah akan buat yang terbaik untuk UPSR ni..
Abah doakan angah dapat 5 A.
Ibu pun doakan kejayaan angah.