Ini gerbang di Mutiara Taman Negara dan kami disambut gan tarian La Bala
Seronok gak kedatangan disambut camtu rasa dihargai sebagai rakyat Malaysia.
Cikgu Zul memberi taklimat berkenaan program yang akan dijalankan seterusnya.
Mulanya perjalanan meneroka khazanah hutan taman negara
Di post permulaan 'canopy walkway'. Cabaan melawan kegayatan dalam diri sendiri.
Alamak tingginya lepas ke tak ni. Untuk info 'canopy walk' ini merupakan yang terpanjang didunia iaitu sepanjang 530 meter.
berhenti jap lawan rasa gayat tu bro
Setelah jauh berjalan stop jap kat ceckpoint pertama ketar gak lutut ni.
Ini merupakan laluan terakhir. Alamak lepas gak sampai ke bawah.
Lepas meneroka hutan meredah sungai pulak ke Lata Bekoh. Memang expert la abang perahu mencelah-celah batu dilaluan sungai tu.
Alangkah indahnya panorama di laluan sungai ni.
Derasnya air sungai rasa nak terjun je tapi tak tau berenang kah!kah!kah!
Sampainya rombongan dari PERHEBAT n nampak hebat semuanya.
Mula berjalan kaki sejauh 1.2 km lak boleh kurus badan camni.
Ok dah sampai tempat dituju ok jom kita terjun di kawasan mandi yang ditetapkan. Dalam kawasan ini tak leh gi ketengah sangat sebab airnya deras dan dalam.
Dalam sejam di Lata Bekoh balik ke Resort . Seronok gak menyelusuri alam semulajadi di Malaysia ni. Walaupun Taman Negara tu milik kita tetapi sebenarnya hanya dipenuhi oleh pelancung asing je dimanakah orang kita agaknya.
setelah 3 hari 2 malam di Mutiara Taman Negara Resort kami pun bergerak balik ke tempat asal masing-masing dan bertekad akan kembali semula ke sini. Semoga keindahan ini akan kekal selamanya.
muahahaha,
ReplyDeleteketara betul muka takut tu longg
biasa la control hensem tapi nampak gak
ReplyDelete