Pada 03 Mac 2011, Klinik Kesihatan Jelai telah menjalankan program derma darah yang dianjurkan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jelai. Ianya diserikan dengan kehadiran YB Datuk Zainab Adun Gemas merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan.
Saya merupakan salah seorang penderma yang menyertai dan menyokong program yang amat murni ini.
Membuat pendaftaran di kuanter pendaftaran
Selepas mendaftar kena pemeriksaan kesihatan. Dr kata semuanya ok bp 130/90 dan semuanya ok cuma satu yang tak ok bila Dr tanya ada makan ubat tak dan saya pun jawap saya mkn ubat klestrol. Dr tu pun senyap terus bertanya Dr pakar dan dia mengata saya tidak boleh menderma darah. Kecewa gak tapi apo nak buat dah tak boleh derma.
Ini gambar Bang Tapa attendent klinik sedang derma darah dan sampai kedua-dua tangan dia derma darah biar adil katanya.
Ini lah keadaan tempat derma darah tu meriah gak.
Salah seorang kakitangan klinik sedang memikirkan hendak derma ke tidak belum ada kepastian lagi sedang memikirkanya lagi. Diharapkan dilain masa ada lagi program begini dan saya bertekad lepas ni mesti boleh derma darah.
No comments:
Post a Comment