Sunday, April 3, 2011

Pemikiran Manusia

Kebanyakan manusia secara tidak sedar menggunakan dua bentuk pemikiran iaitu pemikiran secara logik dan kritikal. Malah orang yang mampu menggunakan kedua bentuk pemikiran ini dilihat seorang yang pintar dan bijak.

Namun tahukah anda kedua bentuk pemikiran ini memainkan peranannya yang tertentu kerana bentuk pemikiran bergantung kepada keadaan semasa.

Pemikiran berbentuk kritikal sangat diperlukan dalam menyelesaikan permasalah berkaitan fakta. Malah sesiapa yang mempunyai pelbagai fakta berkaitan permasalahan yang timbul mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan betul. Pemikiran seperti ini kebiasaannya melihat kepada satu aspek sahaja dan selalunya dipengaruhi oleh apa yang difikirkan betul melalui fakta-fakta yang sedia ada.

Pemikiran berbentuk logik banyak menggunakan andaian dan jangkaan tertentu. Terlalu berfikir secara logik juga kadang-kadang menyukarkan sesuatau tindakan diambil. Akan tetapi pemikiran seperti ini boleh mencetus pelbagai idea-idea baru dengan mengambil kira fakta-fakta yang ada.

TIPS & STRATEGI MENERUSKAN HIDUP TANPA PENYESALAN.

Setiap manusia mempunyai perkara yang dikesali. Tetapi tiada manusia yang mahukan segalanya dikesali. Fikirkan berapa kali anda berkata atau bermonolog:
Memandangkan kita tidak boleh memadam perkara lampau yang amat dikesali, kita BOLEH belajar cara untuk menghapuskan penyesalan dalam hidup di masa akan datang. Ini tidak bermaksud kita tidak akan membuat kesilapan, bahkan kita boleh hidup dengan lebih baik atas keputusan yang telah kita ambil. Contohnya, pada minggu lepas...pada suatu pagi sebelum anak saya ke sekolah dia meminta saya bermain bola keranjang bersamanya selepas waktu kerja. Agak sukar untuk penuhi hajatnya disaat genting ketika ini. Saya memiliki 2 ‘deadline’ yang sangat penting, panggilan mesyuarat penting tanpa henti sehingga ke malam dan 10 perkara dalam senarai yg perlu dibuat terngiang-ngiang dalam kepala. Tak nampak kah dia betapa sibuknya saya? Perkara pertama yang saya lakukan adalah memberitahunya bahawa kami perlu cari masa lain. Tetapi, bila saya lihat kedalam matanya, saya dapat lihat apa yang diperlukan adalah masa kualiti bersama ayahnya dan sekarang saya sedang mengenepikan dia. Apa yang saya fikirkan? Kesibukan saya bukan kesilapan dia.
Dengan sedikit kreativiti, saya aturkan jadual dan membawa bola keranjang semasa anak saya menyambut saya dari pintu depan. Dia mendongak dan kami sama-sama ke luar laman dan terus bermain bersama. Kami bermain’kuda-kuda’ dan nyata terbukti bahawa anak saya telah berlatih. Walaupun agak memalukan dikalahkan 3 kali oleh anak yang berusia 11 tahun, namun ia adalah waktu yang paling menyeronokkan dalam beberapa bulan ini.
“Dah terlalu banyak yang aku lakukan..” “ Sepatutnya aku ikut saja kata hati..” “Kalau lah aku boleh undur balik apa yang aku dah lafazkan..” “Aku sepatutnya lebihkan masa dengan kawan-kawan..”

UNTUK MENGELAKKAN PENYESALAN KERANA TIDAK DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA INSAN YANG AMAT PENTING DALAM HIDUP ANDA:

*Usaha untuk mengimbangkan keutamaan yang merebut waktu
anda.

*Kreatif dalam jadual harian anda.

*"Block" waktu yang kualiti tanpa mengenepikan komitmen yang lain.

Memandangkan anda tidak boleh sentiasa meletakkan kehidupan dalam genggaman, jangan lepaskan apa dan siapa yang amat penting dalam hidup anda.

Sekarang adalah giliran anda: fikirkan waktu yang anda kesali kerana tidak dapat meluangkan waktu kualiti bersama insan yang terpenting dalam hidup anda. Apakah kesannya terhadap perhubungan anda bersama insan tersebut?

Bagaimanakah anda melalui penyesalan ini, jikalau keseluruhannya? Apakah perbezaan yang akan anda lakukan atau perkara yang lebih baik untuk mengelakkan penyesalan ini berterusan ?

Mutiara Kata:

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang”

“ Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Posisi Tidur

Kajian tersebut membuat pemerhatian terhadap seribu peserta kajian yang terdiri dari kalangan rakyat Britain. Berikut adalah enam posisi tidur dan kaitannya dengan ciri personaliti seseorang:

1) Gaya Janin Dalam Kandungan (Fetus Position)

Seramai 41% peserta kajian mempunyai gaya tidur seperti janin dalam kandungan. Didapati bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki. Individu ini digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan dapat bergaul mesra.

2) Posisi Batang Balak (Log Position)

Dalam kajian ini didapati seramai 15% peserta kajian yang tidur dalam posisi ini. Dikatakan bahawa individu yang mempunyai gaya tidur seperti ini adalah seorang yang suka bersosial dan easy-going. Kelompok ini mudah diperdayakan kerana cepat menaruh kepercayaan kepada orang yang tidak dikenali.

3) Posisi Mengiring dan Tangan Menghala Ke Depan (Yearner Position)

Individu seperti ini adalah seorang yang berfikiran terbuka, sinikal, dan mudah sangsi terhadap orang lain.Apabila sesuatu keputusan telah dibuat, individu ini dikatakan sukar mengubah keputusan tersebut. Seramai 13% peserta kajian didapati mempunyai gaya tidur seperti ini.

4) Posisi Tentera (Soldier Position)

Seramai 8% peserta kajian tidur dalam posisi tentera. Antara ciri-ciri personaliti peserta kajian ini adalah pendiam, tidak banyak bercakap dalam melahirkan perasaan atau idea serta kurang karenah.Mereka tidak suka mengheboh-hebohkan tentang sesuatu perkara. Meletakkan diri pada satu piawaian diri yang tinggi.

5) Posisi Jatuh Bebas (Free Faller Position)

7% peserta kajian yang mempunyai gaya tidur seperti ini dikatakan seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

6) Posisi Tapak Sulaiman (Star Fish Position)

Individu yang tidur seperti ini dikatakan sesuai untuk dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

No comments:

Post a Comment