Tuesday, September 28, 2010

Trip to Pulau Kapas

Pada 21 Sept 2010 yang lepas Kursus Usahawan Pelancongan telah membuat trip ke Pulau kapas


 Jam 7.30 pagi berkumpul di tempat letak kereta PERHEBAT. Lebih kurang jam 9.00 pagi berjalanan bermula dengan menaiki bas PERHEBAT. Perjalanan melalui jalan Sungai Buluh ke Gemting dan melalui Lebuhraya Pantai Timur. Lebih kurang jam 12 45 pm kami sampai ke Geliga dan berhenti di Restoran D' Tayer corner untuk makan tengahari dan sembahyang Zohor.
Habis makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Marang. Lebih kurang jam 1530 sampai di Jetty Marang.
Bot ke Pulau Kapas berlepas jam 1630 pm. Sementara menunggu feri bertolak, adik saya yang tinggal di Kuala Terengganu datang ke Jetty. Dapat lah sembang 1/2 jam gan dia lagi pun Hari raya ari tu kami beraya di rumah Mak sama.




Di pulau kapas kami menginap di Kapas Island Resort yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri terengganu.



Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Resort ini ialah ronda Pantai, snorkeling, jungle treking ke Berakit (Jurassic Park)



Bermulanya aktiviti snorkeling nampak macam pro tapi sebenornya baru fist time nak snorkeling.



Kedalaman laut disini lebih kurang 8 ke 10 meter dalamnya.



Kebiruan laut China selatan jelas ke dasar laut. Selepas tiga jam bersnorkeling sesi bertreking lak disebelah petang.

















Pokok zaman Jurassic

Begitulah indahnya pengalaman di Pulau Kapas mungkin lepas ni nak buat family trip lak.Minggu depan akan ke Taman Negara Lak tak tau macam mana taman hutan lak taman marin dah d merasa nikmatnya keindahan dasar laut.