Wednesday, January 26, 2011

Perjalananku

Semalan perjalanku ke IJN Kuala Lumpur. Bergerak dari rumah kul 0800 pagi memandu sorang diri melalui jalan Gemas-Tampin. Lepas tu masuk jalan Hutan Perca masuk Tol Simpang Empat ikut Lebuhraya PLUS keluar Tol Sungai Besi. Aku sampai di IJN lebih kurang kul 1030 pagi. Aku terus ke Farmasi IJN dan ke kaunter pendaftaran. Aku dapat nombor 3088 dan no di skrin dipaparkan no 3044. Alamak ada 44 orang lagi dan aku tunggu punya tunggu sampai la no giliranku dipaparkan di skrin ke kaunter no 332. Alhamdullillah dalam 44 orang tu dalam masa 1 jam 30 minit saja dah sampai no giliran aku. Syukur rasanya dapat juga aku ambilkan bekalan ubat untuk sakit jantung abahku ini. Aku terus balik ke Jelai dan sampai tepat jan 1430 petang dan dapat juga aku menghantar anak-anakku sekolah petang. Itu saje perjalananku ke IJN.

Sunday, January 23, 2011

Terkenang di masa dulu

Ini adalah gambarku semasa aku bersekolah di SMBK pada tahun 1986. Aku di tingkatan 4 SU pada masa ni. Rakan-rakan kelas amat spoting semuanya. Bertuah betul dapat bersama kalian. Kenangan ini tidak dapat kulupakan rasanya kalau boleh atau ada timemesin hendak ku kembali ke saat ini.
Duduk depan: K Samsuri,Zahid,Zainor(Penghulu), Mazlan, Cikgu Ramlah,Hasmida, Kamrizah,Zaini n Norida.
Berdiri Tengah: Normazidah, Siti Mariam,Hasni,Fatimah, Hayati,Norazah,Musalmah dan Sayuti.
berdiri belakang: Zaidi,Mohamad,Alwi,rahman,Ranizam,Saufilizam,Zulkefli,Faisal,Hamzah dan Zulatif.
Sekarang di hanya 11 orang aje yang boleh dihubung iaitu saya, Zainor, Hasmida, Norida, Musalmah, Hayati,Fatimah, Mariam, Normazidah, Alwi dan Zulkifle Yusof(tiada dalam gambar) dan diminta sesiapa yang ade contack member lain pakat-pakat la info ya....

Ini pula gambar ku semasa Tingkatan 5 SU 1987. Masa ni Hamzah gesek lak jadi penghulu. Memang seronok bilo di konang maso sekolah ni. Kami memang berkawan dalam satu kumpulan dan sentiasa sokong menyokong sesama kami. I Love u all n miss u all so much. Semoga kita dapat berkumpul lagi....