Monday, February 28, 2011

Amalan isteri yang perlu diambil perhatian sang suami.

Drama terbaru Mantera Anjasmoro di TV3 lebih banyak menampilkan adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.

Drama 13 episod lakonan pelakon Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu akan disiarkan mulai 3 Mac ini, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Turut berlakon dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad Yunos dan terbitan Nor Aliah Lee itu adalah Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

"Kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menaklukisuaminya.

"Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

"Selain itu, drama ini akan memaparkan visual grafik yang cantik seperti 56 syot menggunakan imej janaan komputer (CGI) dan menunjukkan muka sebenar Sabrina selepas mengamalkan ilmu tersebut," kata Aidilfitri dalam satu sidang media di Garden Cafe, One Utama, di sini, Selasa.

Menurutnya, nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.

"Drama ini merupakan drama seram pertama arahan saya kerana sebelum ini saya lebih banyak mengarah drama dan filem aksi iaitu Bionik, Ejen 106 dan Klip 3GP.

"Jadi apabila penerbit menawarkan cerita ini terus saya menerimanya sekadar untuk mencuba.

"Idea dan konsep asal cerita ini adalah daripada saya sendiri manakala skripnya ditulis oleh Sofia Aliza.

"Saya menjalankan kajian tentang amalan ini pada Jun tahun lalu sebelum melakukan penggambaran di sebuah rumah lama di Ampang," ujarnya lagi.

Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid.

Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Monday, February 14, 2011

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Klasik dan Nostalgia

Pada hari sabtu yang lepas saya telah menziarah Bapa saudara saya di Palong 4. Sebenarnya dah lama tidak berjumpa Bapa saudara saya ni. Tujuan utama pada pagi ialah hendak ke Palong 8 rumah classmate saya masa di SMBK 86-87 iaitu Zul Ajoi. Classmate saya ini buka Kedai Komputer kebetulan Notebook saya ade trouble sikit ialah model M-Life Hyundai tahun 2004 saya beli tapi pada masa tu ini lah satu-satu Notebook yang ade camera. Masa perjalanan baliklah saya singgah di rumah bapa saudara tu. Tujuan utama saya jumpa dengannya adalah untuk meminta khidmat nasihat penanaman pokok getah je. Sebenarnya bapa saudara saya ni saya panggil Ateh je. Ateh saya ni pengumpul piring hitam yang tegar.

Piring Hitam saiz besar sebagai LP dan yang kecik dikenali sepagai EP
Satu lagi Ateh saya adalah ahli Kelab Pop yeh yeh Negeri sembilan-Melaka. Semua piring hitam ini adal koleksi dari zaman bujang dulu. Piring hitam ade yang disumbang oleh abah saya seperti LP The Best of The Queses ini. Saya jadi teruja dengan beberapa koleksi LP dari beberapa band yang saya minat dahulu masa Zaman Rock kapak dulu.

Banyak gak koleksi yang lain termasuk the Beatles ni. Fuh memang best tapi lagi terkejut Pemain Piring Hitam Milik Ateh saya ni masih berfungsi dengan baik lagi memang respeck dgn Ateh saya ni.


Lagi satu yang mengimbau nostalgia adalah basikal Rolex kepanyaan ateh saya ni. Dia kata dia beli basikal ni semasa dapat bonus pertama masa kerja kilang kat JB tahun 70an. Saya respeck habis dgn ateh sebab basiakal tu tak berubah sedikit pun tetapa seperti asal dia beli dulu.



Semoga Ateh saya meneruskan hobinya dan menjaga barang-barang klasik tu dengan baik mana tau boleh diwarisi oleh cucu-cicitnya yang akan datang.

Kisah sebenar Hari Valentine


Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!

Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!!

Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol atau pun kita memperingati kematian Paderi St. Valentino. Sedarlah wahai saudara-saudara seislamku...

5 "kesalahan" di Facebook

Facebook membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain (termasuklah yang kita tidak kenali atau belum pernah bertemu). Ia merupakan jambatan membina hubungan dan bertukar-tukar fikiran. Umumnya, pengalaman pengguna Facebook adalah positif, bagaimanapun berhati-hatilah dengan beberapa perkara berikut”

1. Mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi

Sekiranya anda mendedahkan nama penuh, tarikh lahir, nombor telefon dan nama ibu di Facebook, sesiapa saja boleh mengakses maklumat kad kredit anda melalui telefon. Apa sahaja yang anda anggap sebagai “maklumat peribadi” sudah tidak lagi menjadi milik anda.

2. Menunjukkan kebodohan sendiri


Pertelingkahan melampau, melakukan “character assassination” atau menggunakan bahasa yang buruk hanya menunjukkan tahap dan cara berfikir seseorang. Orang yang dangkal berhujah akan menyerang orang lain – fokusnya bukan kepada “isu” tetapi kepada orang yang memberikan pendapat. Sekiranya anda berhadapan dengan orang sebegini, abaikan saja.

3. Mendedahkan rahsia pasangan (suami atau isteri)


Menulis sesuatu yang buruk terhadap pasangan, akan mengaibkannya. Ia juga mengakibatkan suami atau isteri kecil hati dan memburukkan keadaan. Sekiranya ada masalah, duduk dan berbincang; bukannya menghebahkan ke seluruh dunia melalui Facebook. Selain itu, berhati-hati dengan gambar intim suami-isteri. Apa sahaja yang anda letakkan dalam Facebook adalah menjadi milik awam – walaupun anda memadamkan kemudiannya.

4. Memasukkan pasir dalam periuk nasi


Menulis rasa tidak puas hati dan mendedahkan kelemahan organisasi atau majikan di Facebook. Hampir semua organisasi swasta berhadapan dengan cabaran yang getir, terutama dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu. Memburukkan tempat anda bekerja hanya menambahkan kesukaran pengurusan memajukan syarikat tersebut. Sekiranya anda fikir anda hebat, mempunyai idea besar dan kemahiran pengurusan yang lebih bagus, eloklah berhenti dari syarikat tersebut dan mulakan perniagaan sendiri. Saya doakan anda berjaya!

5. Menjadi pembuli siber


Mengejek, menyakitkan hati dan membuli orang lain. Seringkali pembuli menggunakan nama samaran. Pembuli siber hanya seronok menghentam atau membelasah sesiapa sahaja yang tak sependapat dengannya. Dia tidak berminat untuk bertukar-tukar fikiran atau mendengar pandangan orang lain. Dia merasakan dia seorang sajalah yang betul – orang lain semuanya salah. Dan, dia tidak berasa bersalah untuk membuli sesiapa saja yang tidak setuju dengannya. Delete atau sekat pembuli siber. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.

Saturday, February 12, 2011

5 Kebaikan Janggut.

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah.

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus.

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam.

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri.

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.

Tuesday, February 8, 2011

Hutan Lipur Jeram Tengkek PDF Cetak emel

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah dan beriadah. Di samping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

Untuk sampai ke Jeram Tengkek Recreational Forest, pengunjung perlu melalui jalan NR 9 dari Kuala Pilah sehingga Batu Kikir. Mengikut N19 dan kemudian ke N124, sehingga pengunjung sampai Kg Tengkek kecil. Pengunjung perlu memandu dengan berhati-hati pada jalan pedalaman ini, kerana mungkin akan berkongsi jalan dengan jumlah-jumlah lembu yang besar.Setelah mengikuti semua penanda arah di hutan tersebut pengunjung akan sampai terus ke pintu masuk dan tempat letak kereta. Taman yang kelihatan kawasan tersebut dikekalkan ekosistem

Teratak Zaaba


KONSEP PENGISIAN TERATAK, RUMAH KELAHIRAN, GALERI, PUSTAKA, MEMORIAL, MINI MUZIUM ZA'BA
(PENDITA TAN SRI ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD)
DI KAMPONG BUKIT KERDAS,
BATU KIKIR JEMPOL, DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

LATAR BELAKANG

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) telah dilahirkan di Kampong Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895, bersamaan 26 Rabiul Awal, 1313H. Ibunya bernama Intan Awaluddin dari keturunan Minangkabau, Sumatera. Bapanya ialah Ahmad Kapa, keturunan Bugis, yang telah membuka Kampung Linggi. Datuk nenek Za'ba keturunan Bugis mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Linggi ketika itu. Bapanya terkenal di kampung beliau kerana pengetahuan agamanya & beliau satu-satunya penduduk yang tahu membaca dan menulis huruf Melayu tidak berbaris, kini disebut sebagai tulisan jawi.

PENDIDIKAN

Za'ba mendapat pendidikan Quran dan hukum - hukum sembahyang dari bapanya sejak berusia lima tahun, hingga beliau pandai membaca dan menulis. Ini bermakna pelajaran awal hingga ke usia 12 tahun diperolehi di rumah. Pada 22 Mei 1907, Ibu Za'ba meninggal dunia. Empat puluh hari kemudian, Sekolah Melayu di kampungnya (Sekolah Batu Kikir) dibuka. Za'ba memasuki sekolah tersebut terus ke Darjah III. Setelah beberapa bulan bersekolah di Jempol, ayahnya menghantarnya bersekolah di Linggi dalam Darjah IV dan V, 1907 - 1909. Pada sebelah petangnya, Za'ba belajar nahu Arab daripada Tuan Guru di Kampong Linggi.

Za'ba memasuki Saint Paul's Institution, sebuah sekolah Inggeris di Seremban. Di sini beliau telah mengalami kesukaran dan kesempitan perbelanjaan kerana kemasukannya ke Sekolah Inggeris tidak di restui oleh bapanya. Di St. Paul Institution, Za'ba telah diberikan 'double promotion' dari Darjah I ke Darjah III, V dan VII. Beliau tamat Darjah IX pada bulan Disember 1915. Za'ba ialah anak Melayu yang pertama tamat Darjah IX di Negeri Sembilan.

Pada bulan Jun 1916, Za'ba mula bertugas sebagai 'Assistant Master' di English College, Johor Bahru. Pada masa tersebut, beliau berpeluang mempelajari nahu Arab daripada Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin. Apabila Sheikh Tahir berhenti untuk berpindah kembali ke tempat isterinya di Kuala Kangsar secara kebetulan, Za'ba juga ditugaskan ke Malay College Kuala Kangsar. Za'ba meneruskan pelajarannya dengan Sheikh Tahir sehingga 1920. Semasa belajar dengan Sheikh Tahir, Za'ba mula berkenalan dengan buku - buku nahu Arab yang ditulis oleh orang-orang Inggeris dan kamus Dwi-Bahasa Arab-Inggeris.

Tiga puluh tahun kemudian, Za'ba dihantar untuk mengajar & belajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London dari 1949 - 1950. Za'ba menduduki peperiksaan Diploma dalam Bahasa Arab Klasik pada tahun 1949 dan lulus. Tiga tahun setelah balik ke Malaya beliau mengambil Peperiksaan dan berjaya mendapatkan Ijazah Kepujian dalam Pengajian Bahasa Melayu.

PEKERJAAN, KERJAYA & LAWATAN-LAWATAN

Sejak mula lagi Za'ba bekerja sebagai guru, terutamanya mengajar Bahasa Inggeris dan Melayu.Tugas pertama beliau ialah di English College, Johor Bahru, diikuti dengan tugas mengajar di Malay College, Kuala Kangsar 1918 - 1923. Pada bulan Mei 1923 R.O.Winstedt telah mengarahkan pertukaran Za'ba sebagai penterjemah Melayu di bawah Pengawasan A.Small. Setahun kemudian, Za'ba dipindahkan ke Sultan Idris Training College di Tanjung Malim (telah di naiktaraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ) untuk menyandang jawatan yang sama.Tugas beliau disini adalah mengarang dan menterjemah buku - buku Pelajaran untuk kegunaan Sekolah-sekolah Melayu dan melatih penterjemah - penterjemah yang baru.

Pada September 1939 hingga 1941, Za'ba bertukar ke Pejabat Penerangan Singapura dan bertugas sebagai Juruhebah dan penterjemah berita dan ucapan siaran radio, suratkhabar dan pamplet. Semasa pemerintahan Jepun, Za'ba bekerja di Syonan Simbun (bekas akhbar Straits Times). Selama 11 bulan, dari Mac 1942 hingga Februari 1945, Za'ba bekerja di bahagian Radio sebagai Ketua Pengarang. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali memerintah Malaya, beliau balik menjadi penterjemah dan pengarang di pelbagai Jabatan di Kuala Lumpur & akhirnya balik ke Pejabat Pelajaran Tanah Melayu, 1946-1947.

Semasa di England mulai tahun 1947, Za'ba bertugas sebagai Pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London. Masa tersebut digunakan juga untuk mengikuti kurusus-kursus Linguistiks; Bahasa Belanda dan Arab, Sastera Islam dan Sejarah Asia Tenggara. Semasa cutinya Za'ba melawat ke Ireland, Isle of Man, Scotland dan Wales. Eropah Barat dilawati pada akhir tahun 1950. Beliau dan isterinya singgah di Mekah dan Madinah untuk menunaikan fardhu Haji.

Sekembalinya ke Malaya, Za'ba bersara dari Jawatan Kerajaan. Dalam tahun - tahun 1951 - 1952, beliau mengarang dan menterjemah buku-buku dirumahnya di Kuala Lumpur disamping memberi ceramah - ceramah di Radio Malaya Kuala Lumpur. Menjelang April 1953, Za'ba dilantik sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura.

Pada bulan Julai 1953, Za'ba telah dijemput ke Amerika Syarikat untuk menghadiri 'Colloquium of Islamic Culture' di Princeton dan Washington. Beliau telah mengambil kesempatan tersebut untuk melawat Universiti-Universiti dan Pusat-Pusat Pengajian Timur di Stamford, Colombia, Chicago, Columbus, Duke dan lain-lain. Dalam perjalanan pulang, beliau melawat Manila, Honolulu dan Tokyo. Antara Institusi-Institusi pengajian tinggi yang turut dilawati di negara-negara tersebut ialah University of Philippines, Waseda dan Tokyo University, dan mengarang dua buah buku Sekolah Bahasa asing di Tokyo dimana Bahasa Melayu diajar. Lawatan ke Indonesia dibuat dari Ogos - September 1955. Pada bulan Jun tahun tersebut, beliau menghadiri 'Economic and Education Seminar' anjuran UNESCO di Universiti Gajah Mada. Za'ba bersara dari jawatan Pensyarah di Universiti Malaya Singapura pada Januari 1959.

KEGIATAN SELEPAS BERSARA

Dalam usianya 64 tahun, Za'ba masih aktif menulis, berceramah, berforum dan menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan dan kegiatan sosial seperti penasihat Persatuan Pelajar-Pelajar Bahasa Melayu Singapura. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka melantik Za'ba sebagai Ahli Jawatankuasa Istilah. Za'ba juga memainkan peranan sebagai penasihat dalam rombongan jawatankuasa Ejaan Melayu untuk menyelaraskan ejaan Marphilindo. Za'ba seterusnya dilantik sebagai ahli Kehormat Persatuan Bekas Pelajar Maktab Pergurusan Sultan Idris. Kementerian Dalam Negeri juga telah melantik Za'ba sebagai salah seorang anggota 'Film Censorship Board'.

Pada bulan Mac 1963, Za'ba menerima perlantikan sebagai Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dari Kementerian Pelajaran, tetapi hanya untuk 6 bulan sahaja dan beliau menarik diri pada bulan November 1963. Pada 30 Ogos 1963, Kerajaan telah melantiknya menganggotai jawatankuasa kecil bagi mengkaji dan membuat syor-syor penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan.

Pada 13 Mac 1964, Isteri Za'ba telah meninggal dunia. Usia isterinya ketika itu ialah 62 tahun. Untuk mengingati dan juga sebagai satu tanda penghargaan Za'ba terhadap isterinya, Za'ba telah mendermakan wang sebanyak $ 15,000.00 kepada Kolej Tengku Kurshiah, Seremban pada bulan September 1965. Wang itu adalah untuk digunakan sebagai biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin yang berbakat dan juga untuk membeli buku-buku perpustakaan Kolej tersebut.

Pada hari Sabtu, 16 Oktober 1965, Za'ba telah menyerahkan wang sebanyak $ 10,000.00 dan buku-buku koleksinya berjumlah 3,179 buah kepada Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam satu upacara yang diadakan dirumahnya. Wang itu ialah untuk dijadikan satu biasiswa bernilai $500.00 setahun yang dinamakan Biasiswa Penyelidikan Za'ba. (Za'ba Research Fellowship).

PENULISAN ZA'BA

Za'ba mula menceburkan diri secara serius dalam bidang penulisan mulai 1916, dengan menulis rencana-rencana dalam akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Rencana-rencananya meliputi persoalan-persoalan mengenai agama, bahasa pelajaran, sosial, ekonomi dan politik yang keseluruhannya menyentuh nasib bangsa Melayu di Tanah Melayu. Walaupun Za'ba telah menulis sejak 1916 lagi, tulisannya hanya mudah dikesan pada awal 1917 melalui pena tertentu.

Za'ba sering mengunakan nama pena Patriot didalam penulisannya untuk kesejahteraan anak watan tanah airnya. Selain daripada itu Za'ba juga menggunakan nama-nama pena yang lain iaitu Za'ba, Zai Penjelmaan, Anak Melayu Jati, Melayu yang beragama Islam, 'Z' dan Melayu.

PENULISAN MENGENAI PENDIDIKAN

Za'ba telah menulis banyak buku-buku dan masalah mengenai pendidikan, sejarah dan bahasa untuk memenuhi keperluan buku-buku bacaan di Sekolah-sekolah Melayu. Za'ba mempercayai bahan pendidikan dapat mempengaruhi corak hidup masyarakat Melayu sama ada dari segi sosial, ekonomi atau politik. Keyakinan itu telah menggalakkan Za'ba dengan menggunakan nama 'THE REAL MALAY' untuk mengkritik polisi pendidikan Winstedt.
PENULISAN MENGENAI BAHASA

Dari segi Bahasa, Za'ba di samping terkenal sebagai seorang intelek Melayu yang ulung, beliau juga sangat dihormati sebagai seorang pakar bahasa, pujangga dan seorang yang tahu bahasa Arab dan Agama Islam. Dalam usaha Za'ba untuk meninggikan taraf bahasa Melayu yang dianggap sebagai wajib diketahui oleh semua orang Melayu, Za'ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek ini. Ini dapat dikesan semenjak tahun 1916 lagi dan berakhir bersama hayatnya sendiri pada tahun 1973. Cita-cita Za'ba untuk menghasilkan sebuah kitab mengenai Bahasa Melayu sejak berpuluh-puluh tahun yang lampau tercapai dengan terbitnya buku-buku 'Pelita Bahasa Melayu' I, II, III pada tahun 1949.

Pada peringkat pertama, 1916 - 1920, Za'ba telah banyak memperkatakan tentang kelemahan bahasa Melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk membaikinya. Pada peringkat kedua Za'ba memulakan penulisannya mengenai Bahasa Melayu dengan serius lagi iaitu beliau mula menerbitkan buku-buku mengenainya, tetapi telah dihalang. Pada peringkat ketiga terhasilah karya Za'ba yang sebenarnya mengenai bahasa Melayu, iaitu Tatabahasa Melayu yang lengkap pada zamannya. Pengaruh tatabahasa Za'ba ini amat besar sekali terhadap pelajaran dan pengajian bahasa Melayu di Tanah Melayu.

PENULISAN MENGENAI EKONOMI

Za'ba mula menghasilkan rencana-rencana ekonominya pada bulan Disember 1923. Rencana-rencana ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Rencana-rencana ini pula keseluruhannya menjelaskan kesedaran Za'ba pada faktor kemiskinan sebagai punca utama yang menyebabkan bangsa Melayu ketinggalan dalam persaingan dengan bangsa-bangsa lain untuk mencapai kemajuan.

Kebun Getah


Sekarang ni harga getah sekerap dan mencapai RM 7.50 sekilo. Sebenarnya saya pun ada kebun getah yang lebih setahun saya tinggal setelah selesai jual belinya pada Jan 2010 yang lepas. Pada masa tu saya sedang sibuk untuk melapor diri kursus peralihan di Sungai Buluh. Dari sehari ke sehari tidak menjenguk ke kebun rupanya dah setahun berlalu. Pada Jan 2011 iaitu cuti semesta sebelum gi LDI saya pun jengah la ke kebun alamak dah jadi belukar rupanya kebun getah saya tu. Apa lagi terpaksa la mengupah orang untuk menebas dan membersihkan kebun getah saya tu. Upah yang terpaksa saya bayar lebih kurang RM 450.00 dengan ukuran keluasan kebun seluas 2.24 ekar atau 0.894 hektar.


Alhamdullillah banyak juga pokok-pokok getah yang dapat diselamatkan tetapi kalau lambat saya bertindak rasanya lapang la kebun getah saya tu. Lepas ini saya terpaksalah selalu ke kebun bagi mengelakkan kebun saya itu jadi belukar semula. Semoga harga getah akan sentiasa mahal sehinggalah pokok-pokok getah saya boleh ditoreh dalam masa empat tahun lagi.

LDI


Semalam bermulalah Latihan Dalam Industri. Saya telah memilih untuk buat LDI di Rinhanie Travel & Tours di Batu Kikir. Semalam saya pergi lapur diri dengan sahabat seperjuangan Rosli Cokromono. Alhamdullillah semuanya selesai. Saya akan menjalani LDI selama empat bulan bermula 07 Feb 2011 sehingga 10 Jun 2011. CEO syarikat adalah sahabat masa sekolah tingkatan 4 dan 5 di SMBK dulu.

Wednesday, February 2, 2011

Banjir di Rompin.


As salam. Pagi semalam aku dalam perjalanan ke Batu Kikir semasa melalui Pekan Rompin aku dapat melihat keadaan Banjir di Pekan Rompin. Begini la gambar Masjid Rompin di tenggelami air. Sebenarnya dibelakang Masjid ni terdapat laluan sungai Muar.







Ini gambaran air naik di kawasan rumah Kedai di Pekan Rompin.