Thursday, August 26, 2010

CAR BOOT SALES

Pagi ni Pelatih Usahawan IKS PERHEBAT menganjurkan Car Boot Sale bermula kul 10pagi hingga 4 ptg.
Kelas kami ada Exam pagi ni jadi lewat sikit pergi. Ada rakan kami dari Usahawan Pelancongan yang turut yang turut serta.
Ini Anuar yang pakai topi koboi. Dia jual Murtabak Raja, Karipap Rindu, Kuih Kapit, Kuih Karas, Batang Buruk. Ada tokoh usahawan kan..
La lupa la tu satu tak tulis Mee Bandung segera.

Ini pula Roslan Rahim. Dia jual Bahulu dan Karipap kecik untuk hidangan raya. Ceh malu la pulak. Jadi usahawan tak leh malu cik abang.

Ini pulak cik Mi. Usahawan berjaya tak sempat nak tengok dia jual apa dah habis di jual fuh untung besar la tu. Dia jual seluar jeans Levis 501 beb.

Pemandangan sebelah kanan tapak jualan.

Ini pula pemandangan sebelah kiri tapak jualan. Masa ni pelatih lum ramai yang datang.

Ini pula buku masakan yang ditulis oleh cikgu Nik Malawati salah seorang pengajar kursus Bekalan Makanan. Sesiapa yang beli masa ni bukunya akan ditandatangan oleh cikgu Nik. Dari pandangan saya banyak-banyak kaunter jualan hanya kaunter jualan yang diselenggarakan oleh Ustaz Jalil je yang tak putus penggunjungnya sampai berbaris panjang. Saya pun salah seorang darinya lebih setengah jam baru dapat jumpa Ustaz Jalil. Kah!kah!kah! mana tak berbarisnya bayar zakat Fitrah da..

Wednesday, August 25, 2010

Berbuka bersama Pengerusi PERHEBAT

Malam tadi ada Majlis Berbuka puasa bersama Pengerusi PERHEBAT LAKSAMANA (B)TAN SRI DATO’ SERI ILYAS HJ DIN. Majlis bermula dengan berbuka puasa di surau PERHEBAT dengan Buah kurma, kuih muih dan bubur lambuk.Air sirap gan Teh. Selepas tu sembahyang Maghrib berjemaah. Lepas solat gi ke Dewan Makan untuk makan bersama. Tetamu jemputan ialah anak-anak yatim dari pusat anak yatim paya jaras di raikan dalam majlis itu. Menu yang disediakan ialah Ayam Goreng, Daging salai masak lemak nenas, ikan bawal masak sos dan kerabu taugeh.Habis makan diadakan penyampaian sumbangan Raya oleh Pengerusi dan Ketua Pengarah PERHEBAT kepada anak-anak yatim. Selesai majlis makan pergi ke surau untuk solat Isyak dan Tarawih. Moreh yang disediakan ialah bubur kacang durian cecah roti.  


Tuesday, August 24, 2010

Bufet Ramadan di Regency Hotel Kuala Lumpur

Malam tadi kami geng kursus Pelancongan telah berbuka puasa di Bali Terrace Hotel Regency Kuala Lumpur
Bayaran yang dikenakan ok gak RM 38 ++ je. Makanannya boleh tahan. Ada 4 kaunter makanan.
Kaunter pertama Nasi dan lauk pauk.
Kaunter kedua Stik Stall dan Pelbagai mee. Kaunter ketiga Steamboat, pelbagai rendang, Gulai Kawah dan Sop tulang rawan. Kaunter kempat dipenuhi desert seperti pelbagai buah dan kek.
 Masa ni dah kenyang sangat tu yang tersandar kat kerusi. Mana taknya lepas sembahyang Maghrib terus melantak nonstop makanan kat setiap kaunter tapi silap gak minum air dulu lain kali makan bufet minum air last sekali yang fist kena makan lu baru dapat mkn banyak kah!kah!kah!.
                                         

                                 Member sedang tunggu waktu berbuka control macho
                                          Ini waktu dah habis pulun makan.
            Gambar Cikguku cikgu Jamil berbaju merah sebelah kanan sekali dah tersandar kekenyangan
                                       
                                           Sahabatku Roslan bersama keluarganya dan perancang
Majlis berbuka disini. Kami berterima kasih padanya sebab memang dia tempah tempat tu hanya untuk group kami sahaja. Fulamak exclusive n marvellous kami melantak tanpa gangguan.
 Ini sahabatku merupakan juara makan sedunia yang dipertandingkan baru-baru ni.

Gambar tengah tu merupakan Tok Batin kursus kami. Dia sedang memikirkan mana nak cari radio untuk dengar siaran radio Klasik sebab dia peminat fanatik Stesyen Radio Klasik FM. Untuk pengetahuan dia peminat tegar Baharuddin Rahman.


                                       

Friday, August 13, 2010

Trip bukit Tabur




 Pada Semesta kedua ni kami didedahkan
 dengan pelajaran alam semulajadi atau
  lebih dikenali oleh Nature Guide.
              Cikgu Zul dan Cikgu Jamil telah merancang          
trip ke Bukit Tabur.
Perjalanan bermula dengan jalan mendaki
Taklimat dari Cikgu di CP pertama