Tuesday, August 24, 2010

Bufet Ramadan di Regency Hotel Kuala Lumpur

Malam tadi kami geng kursus Pelancongan telah berbuka puasa di Bali Terrace Hotel Regency Kuala Lumpur
Bayaran yang dikenakan ok gak RM 38 ++ je. Makanannya boleh tahan. Ada 4 kaunter makanan.
Kaunter pertama Nasi dan lauk pauk.
Kaunter kedua Stik Stall dan Pelbagai mee. Kaunter ketiga Steamboat, pelbagai rendang, Gulai Kawah dan Sop tulang rawan. Kaunter kempat dipenuhi desert seperti pelbagai buah dan kek.
 Masa ni dah kenyang sangat tu yang tersandar kat kerusi. Mana taknya lepas sembahyang Maghrib terus melantak nonstop makanan kat setiap kaunter tapi silap gak minum air dulu lain kali makan bufet minum air last sekali yang fist kena makan lu baru dapat mkn banyak kah!kah!kah!.
                                         

                                 Member sedang tunggu waktu berbuka control macho
                                          Ini waktu dah habis pulun makan.
            Gambar Cikguku cikgu Jamil berbaju merah sebelah kanan sekali dah tersandar kekenyangan
                                       
                                           Sahabatku Roslan bersama keluarganya dan perancang
Majlis berbuka disini. Kami berterima kasih padanya sebab memang dia tempah tempat tu hanya untuk group kami sahaja. Fulamak exclusive n marvellous kami melantak tanpa gangguan.
 Ini sahabatku merupakan juara makan sedunia yang dipertandingkan baru-baru ni.

Gambar tengah tu merupakan Tok Batin kursus kami. Dia sedang memikirkan mana nak cari radio untuk dengar siaran radio Klasik sebab dia peminat fanatik Stesyen Radio Klasik FM. Untuk pengetahuan dia peminat tegar Baharuddin Rahman.


                                       

No comments:

Post a Comment