Wednesday, August 25, 2010

Berbuka bersama Pengerusi PERHEBAT

Malam tadi ada Majlis Berbuka puasa bersama Pengerusi PERHEBAT LAKSAMANA (B)TAN SRI DATO’ SERI ILYAS HJ DIN. Majlis bermula dengan berbuka puasa di surau PERHEBAT dengan Buah kurma, kuih muih dan bubur lambuk.Air sirap gan Teh. Selepas tu sembahyang Maghrib berjemaah. Lepas solat gi ke Dewan Makan untuk makan bersama. Tetamu jemputan ialah anak-anak yatim dari pusat anak yatim paya jaras di raikan dalam majlis itu. Menu yang disediakan ialah Ayam Goreng, Daging salai masak lemak nenas, ikan bawal masak sos dan kerabu taugeh.Habis makan diadakan penyampaian sumbangan Raya oleh Pengerusi dan Ketua Pengarah PERHEBAT kepada anak-anak yatim. Selesai majlis makan pergi ke surau untuk solat Isyak dan Tarawih. Moreh yang disediakan ialah bubur kacang durian cecah roti.  


1 comment: